Home SemasaGlobal COVID-19: Kes jangkitan global meningkat 250 ribu setiap hari – WHO

COVID-19: Kes jangkitan global meningkat 250 ribu setiap hari – WHO

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini menegaskan wabak COVID-19 perlu dipandang serius dengan melihat kadar pertumbuhan kes setiap hari.

“Dengan jumlah jangkitan melebihi 18 juta, kes jangkitan meningkat sebanyak 250 ribu setiap hari. Oleh itu, semua pihak perlu memandang serius akan isu ini,

“Masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Ini terutamanya dengan melihat pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial,” kata WHO dalam kenyataan harian COVID-19.

Dalam kenyataan yang sama, WHO mengesahkan jumlah jangkitan COVID-19 diseluruh dunia adalah pada 18,142,718 kes dengan 691,013 kematian dilaporkan.

Dari statistik tersebuk, benua Amerika telah mencatatkan rekod peningkatan kes terbesar dalam tempoh 24 jam yang lalu iaitu sebanyak 111,129 kes baharu dilaporkan.

Amerika Syarikat masih mencatatkan rekod kes tertinggi dengan pertambahan sebanyak 47,183 kes. Angka ini menjadikan jumlah pesakit COVID-19 di negara itu seramai 4,629,459 orang.

Selain itu, Brazil mencatatkan pertambahan bilangan kes sebanyak 25,800 dengan menjadikan jumlah kes di negara itu sebanyak 2,733,677.

India pula melaporkan pertambahan kes sebanyak 52,050 dan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dikesan di negara itu adalah sebanyak 1,855,745. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply