Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kementerian Pertahanan lantik Destini bekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada TUDM – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Kementerian Pertahanan lantik Destini bekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada TUDM

Kementerian Pertahanan lantik Destini bekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada TUDM

by Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk membekalkan komponen pesawat bukan hak milik kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Destini berkata kontrak itu akan membolehkan Destini Prima, dengan 29 syarikat tempatan lain dikenal pasti oleh Mindef, untuk menyertai bidaan jika TUDM memerlukan komponen pesawat bukan hak milik.

“Kontrak itu mempunyai had gabungan kira-kira RM121 juta dan akan bermula pada 1 Julai, 2020 dan berakhir pada 30 Jun, 2023,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Katanya pengurusan Destini berpendapat bahawa kontrak itu akan mengukuhkan status Destini Prima sebagai kontraktor utama kepada Mindef, yang telah memberikan perkhidmatan kepada pelbagai cabang TUDM.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan Destini untuk tempoh tiga tahun akan datang, jika Destini Prima diberikan mana-mana bahagian kontrak itu, katanya. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?