Home SemasaGlobal Britain perlu hormati hak China selesaikan masalah Hong Kong

Britain perlu hormati hak China selesaikan masalah Hong Kong

by M.Daim

BEIJING, 9 Jun – Menteri Luar China, Wang Yi menegaskan Britain perlu menghormati hak China dalam memastikan keselamatan domestik di Hong Kong.

Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya, Dominic Raab, Wang menegaskan isu di Hong Kong adalah isu dalaman China.

“Isu di Hong Kong adalah isu domestik negara China dan tiada sebarang campur tangan oleh kuasa luar dibenarkan,

“Memastikan keselamatan Hong Kong adalah keutamaan China,” katanya yang dipetik oleh Xinhua.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan pelaksanaan undang-undang keselamatan di Hong Kong tidak menyalahi Perlembagaan Hong Kong (Hong Kong Basic Law).

Beliau menambah, pelaksanaan peraturan ini juga dapat memperkukuhkan lagi dasar ‘Satu Negara, Dua Sistem’ yang diamalkan oleh China.

“China tidak akan tunduk kepada mana-mana tuduhan yang mendakwa dasar tersebut akan dihapuskan di bawah undang-undang ini,

“Kami berharap Britain dapat menghormati tindakan China dan menghormati keputusan Beijing dalam menangani isu di Hong Kong,” tegas Wang.

Protest besar-besaran berlarutan di Hong Kong semenjak lewat pertengahan tahun 2019.

Sistem pemerintahan China di Hong Kong adalah termaktub di bawah dasar ‘One Country, Two Systems’ dengan meletakkan kawasan itu sebagai ‘Wilayah Autonomi Khas’.

Britain telah mengembalikan Hong Kong kepada China pada 1 Julai 1997 selepas diperintah oleh London semenjak tahun 1842.

Kemerdekaan Hong Kong adalah hasil daripada Deklarasi 1984 yang dilakukan secara bersama antara Britain dan China.

Antara perkara yang termaktub di bawah deklarasi tersebut ialah China akan mengekalkan status ekonomi dan politik Hong Kong sehingga 2047.

Hong Kong yang dahulunya dikenali sebagai salah satu daripada 4 Harimau Asia telah dicemari dengan protes yang berlarutan semenjak lewat pertengahan tahun lalu.

Protes bermula apabila kerajaan memperkenalkan undang-undang ekstradisi yang membolehkan warga Hong Kong dibicara di tanah besar China.

Pada Mei lalu, Beijing telah mengusulkan Undang-undang Keselamatan Negara bagi menangani isu dalaman Hong Kong. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply