Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan A400M bawa dua bayi alami masalah jantung

TUDM terbangkan A400M bawa dua bayi alami masalah jantung

by Pasri Asyraf

SUBANG, 6 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerbangkan dua bayi mengalami masalah jantung ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

TUDM dalam hantaran media sosialnya berkata, Nick Ahmad Shah, bayi kepada Puan Niana Ezani yang berusia 11 hari mengalami masalah jantung “Partially Obstructed Total Anomalous Pulmonary Vein Drainage” manakala seorang lagi bayi, Muhamad Akid Aqil, anak kepada Puan Nur Azzalea Dora Ann Uchat berusia 2 bulan menghadapi masalah jantung “Congenital Heart Disease of Transposition of Great Arteries.

“Kedua-dua bayi tersebut yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) telah diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron yang berpangkalan di Subang, hari ini,

“Pesawat telah diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie TUDM dan pembantu juruterbang, Kapt Muhd Izwan TUDM serta dibantu oleh enam anak kapal,” tambahnya.

Pesawat yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuching tiba kira-kira jam 6.50 pagi tadi di Pangkalan Udara Subang dan dibawa ke IJN, Kuala Lumpur diiringi pegawai dan petugas perubatan dari HUS.

 

Related Articles

Leave a Reply