Home Pertahanan dan Keselamatan OP Benteng: 393 PATI, 72 tekong ditahan cuba bolosi sempadan negara

OP Benteng: 393 PATI, 72 tekong ditahan cuba bolosi sempadan negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 6 Jun – Seramai 393 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 72 tekong telah ditahan kerana cubaan memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong tikus.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Operasi Benteng (Op Benteng) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu turut menahan 11 individu yang disyaki penyeludup serta 12 kapal.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa memantau dan meningkatkan kawalan di kawasan sempadan negara terutama di lorong tikus.

“Op Benteng yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) juga berjaya mengusir 132 PATI, 5 tekong serta 17 kapal yang mencuba membolosi kawasan sempadan negara,

“Operasi bersepadu ini juga telah berjaya menahan 1,517 warganegara asing yang telah menceroboh sempadan negara,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menambah kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencuba memasuki sempadan negara secara haram. Agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong tikus.

Related Articles

Leave a Reply