Home SemasaGlobal AS hantar dua kapal tempur ke Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)

AS hantar dua kapal tempur ke Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)

by Nor Azlan Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pemerintahan Indo-Pasifik Tentera Laut Amerika Syarikat (USINDOPACOM) hari ini telah menugaskan dua kapal tempurnya USS Montgomery (LCS8) dan USNS Cesar Chaves di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) berhampiran perairan Sarawak.

Admiral John Aquilino, Komander Armada Pasifik (U.S. Pacific Fleet) menegaskan pihak tentera AS akan bersama negara rakan dan sekutu di rantau ini untuk menentang segala bentuk ancaman serta tuntutan perairan antarabangsa oleh China.

“Pihak Parti Komunis China sila berhenti membuli negara Asia Tenggara dan mengambil sumber makanan serta galian minyak mereka,

“Ramai orang di rantau ini bergantung kepada sumber dari laut untuk meneruskan kelangsungan hidup,”

Menurut USINDOPACOM, kedua-dua kapal tempurnya itu pada ketika ini sedang melakukan ‘pelayaran rutin’ di perairan antarabangsa yang tidak jauh dari lokasi kapal carigali West Capella.

Armada ke-7 AS dikerah untuk melaksanakan operasi ketenteraan di perairan laut untuk meraih kepentingan AS di kawasan operasi Indo-Pasifik. Armada ke-7 dalam usaha menjaga perhubungan dengan 35 buah negara maritim lain untuk memupuk keselamatan maritim, kestabilan, dan mencegah konflik.

Kapal West Capella pada ketika ini sedang menjalankan kerja eksplorasi di lapangan minyak baharu Petronas berhampiran perairan Sarawak.

Kapal West Capella telah disewa oleh Petronas dalam usaha mencari lapangan minyak baharu. Kontrak perjanjian itu bermula pada Oktober 2019. Menurut laporan terbaru Seadrill’s, kapal itu berada di bawah kontrak dengan Petronas hingga akhir Mei.

Related Articles

Leave a Reply