Home Semasa Ketua jabatan perlu ambil berat keselamatan, kebajikan penjawat awam

Ketua jabatan perlu ambil berat keselamatan, kebajikan penjawat awam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 2 Mei – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata ketua-ketua jabatan perlu mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan penjawat awam, sepertimana yang digariskan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurutnya, ketua-ketua jabatan perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif dan efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata demikian mengenai norma baharu budaya kerja perkhidmatan awam, susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai pembukaan sektor-sektor ekonomi termasuk sektor awam bermula 4 Mei ini.

Antara-antara SOP yang digariskan adalah:

1. Keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu;

2. Penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu anjal, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kesulitan bagi penjagaan anak-anak di rumah;

3. Mesyuarat digalakkan diadakan secara maya melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan.

Jelas Mohd Zuki lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan dalam masa terdekat,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Tambahnya lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.

“Elemen protokol kesihatan dan keselamatan di pejabat perlu mematuhi jarakan sosial serta arahan dari semasa ke semasa KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply