Home Semasa Bantuan kemanusiaan untuk Rohingya bukannya di Malaysia – MCCF

Bantuan kemanusiaan untuk Rohingya bukannya di Malaysia – MCCF

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Pengerusi Malaysian Communtiy Care Foundation (MCCF), Halim Ishak menegaskan mana-mana pihak yang benar-benar mahu membantu etnik Rohingya perlu menyalurkan sumbangan mereka kepada pembangunan di tempat asal mereka.

“Kita berharap, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih beretorik atas nama hak asasi dan kemanusiaan agar lebih realistik dalam memperjuangkan warga Rohingya demi masa depan masyarakat malang ini,

“Jika benar mahu membantu mereka maka bantuan itu seharusnya lebih baik ke arah membangunkan masyarakat dan komuniti rohingya di tempat asal mereka.

“Bantu mereka membina semula komuniti mereka di asal mereka dan bukannya membantu mereka untuk menjadi pelarian merempat seumur hayat mereka,” tegas Halim dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan tindakan menggalakkan etnik Rohingya untuk menjadi pelarian dan pendatang asing tanpa izin di negara lain adalah satu bentuk penganiayaan.

Menurutnya, dunia maklum dengan aktiviti pemerdagangan manusia dan pelbagai sindiket haram berkaitan peluang ekonomi ke atas pelarian.

“Badan -badan NGO yang menyokong agar warga Rohingya kekal sebagai PATI di Malaysia adalah sebenarnya telah menggalakkan mereka untuk kekal merempat tanpa kemajuan yang positif demi kebaikan etnik itu sendiri,” katanya

Beliau menambah, sumbangan berjumlah berbillion ringgit telah disalurkan kepada Rohingya pada setiap tahun.

“Wang telah disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi, Qatar dan kesatuan negara Eropah (EU). Malah,  kerajaan Bangladesh sendiri telah membina penempatan khusus bagi warga Rohingya di Pulau Bashan Char bagi  membina komuniti mereka sendiri di tempat asal mereka,” jelasnya.

“Satu gerakan pembinaan semula Rohingya di tempat asal mereka hendaklah dilaksanakan dengan segera. Ini dapat dilakukan melatih pemimpin mereka untuk mentadbir urus bantuan kewangan yang berjumlah berbilion ringgit setahun daripada seluruh dunia untuk pembinaan semula komuniti bangsa mereka,

“Malah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu mengatur langkah secara drastik untuk pengurusan penempatan semula masyarakat Rohingya ditempat yang telah disediakan kepada mereka,

“Hentikan penganiayaan berterusan keatas mereka dgn menggalakan mereka terus berstatus sebagai pelarian dan pendatang asing tanpa izin dinegara orang,” kata Halim.

“Dah menjadi rahsia umum penglibatan pihak-pihak tertentu diatas nama keuntungan material dengan menjual propaganda simpati dan status agama.

Beliau mengulas perkembangan semasa menyentuh isu pelarian di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan pendirian kerajaan Malaysia untuk tidak mengiktiraf pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian tetapi sebagai PATI memegang dokumen berkenaan.

Pihak MCCF telah dikecam sebelum kerana memberi pendapat berhubung isu Rohingya semasa wawancara bersama sebuah radio tempatan.

“Kami  amat berterima kasih kepada kerajaan kerana berpendirian tegas dalam isu mempertahankan kedaulatan negara berhubung pencerobohan bot pelarian warga Rohingya,” ujarnya.

Selain itu, beliau menegaskan Malaysia telah banyak memberi sumbangan dalam isu pelarian semenjak 40 tahun lalu walaupun bukan salah sebuah negara pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967.

“Sejak 40 tahun lalu,Malaysia telah membantu pelarian perang dari 57 negara dan menerima kemasukan warga Rohingya pada 2017 atas dasar kemanusiaan dan berbentuk sementara dari mengelakkan mereka di bunuh oleh junta tentera Myanmar ketika itu,

“Malah, Malaysia juga ada mendesak campurtangan PBB agar lebih serius menyelesaikan isu warga Rohingya ini pada tahun 2019,” tambah Halim

Pada masa yang sama, beliau turut menyuarakan bahawa majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak tegas terhadap isu PATI dinegara ini terutamanya ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.

 

Related Articles

1 comment

Isu pelarian perlu penyelesaian – Kata Malaysia 5 May 2020 - 3:07 pm

[…] Malaysian Community Care Foundation (MCCF) mengatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat langkah drastik unuk menguruskan […]

Reply

Leave a Reply