Home Semasa 586 PATI ditahan, kerajaan Malaysia bertindak ikut undang-undang

586 PATI ditahan, kerajaan Malaysia bertindak ikut undang-undang

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 2 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 3,352 individu telah diperiksa dan 586 telah ditahan atas kesalahan imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Plaza City One, Malayan Mansion dan kawasan di sekitar Masjid India.

Menurut Ismail Sabri, kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam telah dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata semalam heboh di akhbar mengatakan kerajaan Malaysia bertindak zalim dengan menahan PATI di kawasan PKPD.

“PATI ini dikuarantin secara wajib di dalam kawasan PKPD, dan telah membuat saringan serta swab test kepada mereka dan didapati negatif,

“PKPD akan berakhir, apabila berakhir mereka (PATI) akan dibebaskan, status mereka tidak berubah, walaupun mereka berada di dalam PKPD, mereka masih lagi PATI,

“Undang-undang yang melibatkan PATI tidak ada perbezaan, sama ada sebelum atau selepas PKP dan PKPD,

“Mereka tetap salah kerana melanggar undang-undang dan menceroboh masuk ke dalam negara kita,”

Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka termasuk dari segi makanan dan kesihatan sepanjang tempoh mereka berada dalam kawasan PKPD dan depoh tahanan.

“Tidak timbul isu kerajaan Malaysia bertindak zalim kepada PATI, semasa mereka berada dalam PKPD kebajikan mereka dijaga dengan baik sama dengan rakyat Malaysia,” ujarnya. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply