Home Semasa Tidak boleh sambut Aidilfitri di kampung tahun ini

Tidak boleh sambut Aidilfitri di kampung tahun ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 1 Mei – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Menurutnya, perjalanan rentas negeri yang dibenarkan hanya untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan,

“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan,” katanya menerusi perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Muhyiddin juga berkata, buat masa ini semua sekolah, kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga masih belum dibuka. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply