Home Semasa Simpang Renggam: Semalam PKPD hari ini PKP

Simpang Renggam: Semalam PKPD hari ini PKP

by Air Times News Network

SIMPANG RENGGAM, 29 Apr – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam yang dikuatkuasakan pada 27 Mac, secara rasminya telah berakhir pada 28 April (Selasa). Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohammad Sukry Abd Rahim menegaskan kejayaan penarikan balik Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam adalah hasil kerjasama 11 agensi yang terlibat.

“Pelbagai pihak turun padang termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan PKPD dipatuhi dengan sepenuhnya,” katanya semasa Majlis Penghargaan Kumpulan Barisan Hadapan PKPD Simpang Renggam.

Menurut beliau, “Simpang Renggam mencatat sejarah sebagai kawasan PKPD yang pertama dilepaskan dari perintah itu mulai 28 April

Untuk rekod, kawasan ini juga merupakan kawasan pertama yang dikenakan PKPD di negara ini semenjak 27 Mac berikutan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19.

“Pada ketika itu, situasi di kawasan tersebut amat kritikal dengan jumlah kes daripada 13 meningkat kepada 74 kes di kawasan Bandar Baru Ibrahim Majid dan Kampung Dato’ Ibrahim Majid

“Ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 7 kali ganda iaitu 61 kes baru COVID-19 dicatatkan pada 27 Mac lalu

Beliau menambah, kelangsungan hidup masyarakat setempat menjadi keutamaan melalui penyaluran bantuan makanan. Pada masa yang sama, pelbagai gerak kerja telah dijalankan bagi memastikan penularan COVID-19 berjaya dibendung.

“Kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi telah dilaksanakan semenjak 18 Mac oleh pihak MDSR dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah

“Usaha ini diperluaskan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada 30 Mac, operasi disinfeksi telah dilaksanakan secara besar-besaran dengan bantuan pelbagai agensi di kawsan Simpang Renggam

“Operasi nyah cemar masih lagi dijalankan pada minggu lalu di Zon Merah bagi memastikan kawasan terlibat adalah selamat

Dalam pada itu, seramai 1753 penduduk telah menjalani ujian saringan sementara 1943 lagi menjalani saringan berulang dengan menggunakan Repeat Test Kit.

“Ia merupakan cabaran besar bagipihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah diucapkan,” katanya lagi.

Sejak pandemik COVID-19 melanda sebanyak 7 lokasi telah diletakkan dibawah PKPD bermula dengan Simpang Renggam sebagai PKPD yang pertama.

 

Related Articles

Leave a Reply