Home SemasaRempuhan di Bangunan Sultan Iskandar adalah berita palsu – Imigresen

Rempuhan di Bangunan Sultan Iskandar adalah berita palsu – Imigresen

by M.Daim
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 10 Apr – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini menafikan berlakunya kejadian rempuhan oleh rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, pihak JIM menyatakan video yang ditularkan semalam adalah suasana video latihan di BSI pada 18 Disember 2019.

“JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat,

“Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor,” kata Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Semalam tular satu video mendakwa berlakunya rempuhan di CIQ Bangunan Sultan Iskandar oleh pekerja Malaysia yang cuba pulang ke negara ini secara beramai-ramai.

Pada 8 April lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa rakyat Malaysia yang berada di Kota Singa untuk tidak pulang ke tanah air buat masa ini. Ini berikutan perbezaan prosedur operasi standard (SOP) antara kedua-dua negara dalam melakukan ujian saringan kesihatan mengesan COVID-19.

“Bagi Singapura, mereka kata ikut SOP Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mereka yang tidak bergejala tidak perlu membuat ujian swab sedangkan kita minta ujian swab ke atas semua yang pulang ke negara kita,” jelasnya.

Pada masa yang sama, langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko kes import COVID-19 di negara ini.

[videopress jRPnzfRi]

 

Related Articles

Leave a Reply