Home Semasa Kerajaan kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Menara City One, Kuala Lumpur

Kerajaan kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Menara City One, Kuala Lumpur

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Jalan Munsi Abdullah, Kuala Lumpur berkuatkuasa esok (31 Mac) hingga 13 April, ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di premis berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One,

“Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan, telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga PKPD,

“Arahan ini melibatkan 3,200 penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada merebak.

“Langkah ini juga membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” tambahnya.

Beliau turut menyeru semua penghuni untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply