Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
COVID-19: Pembantu tadbir KKM mangsa korban ke-35 – Air Times News Network
Home Semasa COVID-19: Pembantu tadbir KKM mangsa korban ke-35

COVID-19: Pembantu tadbir KKM mangsa korban ke-35

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu COVID-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia pada 4 petang Ahad.

“Allahyarhamah berumur 57 tahun, positif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sg Buloh pada 29 Mac 2020, jam 4 petang,

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” jelas Dr Adham Baba dalam laman Facebooknya malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menjelaskan kes kematian ke-35 (kes ke-1952) itu merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun dan beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

“Terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan,

“Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini,

“Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam hantaran Facebooknya, malam tadi.

Dr Noor hisham berkata, hasil ujian pengesahan COVID-19 beliau telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kemudian kesihatannya merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang semalam.

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?