Home Semasa Kerajaan peruntukan RM10 bilion bantu kumpulan M40 – Muhyiddin

Kerajaan peruntukan RM10 bilion bantu kumpulan M40 – Muhyiddin

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM10 bilion kepada kumpulan M40 di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan menyedian Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off, dan buat pertama kalinya akan disalurkan kepada kumpulan M40.

“Kumpulan M40 ini seperti pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 serta ke bawah,

Muhyiddin berkata bayaran yang akan dibuat ialah:

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada April 2020 dan RM600 pada Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada April 2020 sebanyak RM500 manakala baki RM500 pada Mei 2020.

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada April 2020 dan baki RM300 pada Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran RM250 akan dibuat pada April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Di samping itu, beliau turut mengumumkan baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 turut melibatkan sebanyak RM3.2 bilion.

 

 

Related Articles

Leave a Reply