Home Semasa Sarawak hadkan tempoh operasi pintu sempadan Indonesia, Brunei

Sarawak hadkan tempoh operasi pintu sempadan Indonesia, Brunei

by M.Daim

KUCHING, 21 Mac – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menegaskan kerajaan negeri mengambil tindakan drastik dengan menghadkan waktu operasi pintu sempadan dengan Brunei dan Indonesia.

Menurutnya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

“Manakala CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menggesa rakyat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang telah dikuatkuasakan semenjak 18 Mac lalu.

Related Articles

Leave a Reply