Home Semasa Kawalan pergerakan dilanjutkan jika penularan COVID-19 gagal dibendung

Kawalan pergerakan dilanjutkan jika penularan COVID-19 gagal dibendung

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan  sekiranya objektif untuk membendung penularan wabak COVID -19 tidak tercapai, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika kita tidak berjaya dalam tempoh ini, kerajaan mungkin perlu melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan,

“Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah,

“Kita mahu rantaian jangkitan dapat diputuskan supaya jumlah orang dijangkiti COVID-19 dikurangkan,” jelas Perdana Menteri dalam Utusan Khas COVID-19, hari ini.

Beliau turut menjelaskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan selama 14 hari kerana wabak COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dalam masa dua minggu.

“Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu,

“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan seterusnya menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply