KUALA LUMPUR, 2 Mac – UDA Holding Berhad (UDA) mengesahkan bahawa Ahli Lembaga pengarahnya disahkan positif coronavirus COVID-1 selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.
UDA dalam satu kenyataanya hari ini memaklumkan individu terbabit kini dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Berdasarkan perkara di atas, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit,
“UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.,” jelas kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UDA turut komited dalam menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan kes ini khususnya dalam kalangan warga kerja UDA.
“Usaha ini diambil demi mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan. Langkah pencegahan turut diperkemaskan di UDA termasuk di bahagian anak syarikat seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak ini,
“Kami menegaskan bahawa tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa,
Pihak AHKL juga telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk kerja-kerja sanitize seluruh kawasan hotel dan pihaknya serta AHKL akan terus mengamalkan langkah proaktif itu dari semasa ke semasa.