Home Politik Terima kasih Allah – Muhyiddin

Terima kasih Allah – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Terima kasih Allah dan Yang di-Pertuan Agong. Saya akan beri kenyataan dalam masa beberapa jam lagi, jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang tiba di kediamannya selepas selesai majlis mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan disambut dengan laungan ‘Hidup Tan Sri’ oleh para pengikutnya yang menunggu di kediaman beliau sejak dari pagi tadi.

Sejurus tiba dari Istana, bacaan doa kesyukuran turut diadakan sebelum beliau masuk ke dalam rumahnya.

Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), itu telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu telah berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara, kira-kira 10.33 pagi tadi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply