Home Politik Tun Mahathir terima semula jawatan Pengerusi BERSATU – Marzuki

Tun Mahathir terima semula jawatan Pengerusi BERSATU – Marzuki

by Nurulhuda

KUAlA LUMPUR, 27 Feb – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima semula jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERRSATU.

Perkara berkenaan telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Wira Marzuki Yahya dalam kenyataannya pada hari ini.

“Keputusan mesyuarat berkenaan telah saya sampaikan kepada pihak Tun Dr Mahathir untuk dipertimbangkan kembali keputusan peletakan jawatan beliau,

“Setelah berbincang pada hari ini dan dipertimbangkan semula oleh Tun Mahathir, beliau telah bersetuju untuk kembali sebagai Pengerusi BERSATU berkuatkuasa serta merta,” jelas Marzuki.

Pada Isnin lalu, Tun Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Majlis Tertinggi parti. Namun begitu, peletakan jawatan beliau telah ditolak secara sebulat suara oleh Majlis  Pimpinan Tertinggi (MPT) selepas mesyuarat khas pada malam Isnin lalu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply