Home Pertahanan dan Keselamatan Pelarian Rohingya berjalan kaki 10 kilometer dapatkan rawatan di Hospital Medan Malaysia 

Pelarian Rohingya berjalan kaki 10 kilometer dapatkan rawatan di Hospital Medan Malaysia 

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Demi meneruskan kelangsungan hidup dan kesihatan diri, pelarian Rohingya sanggup berjalan kaki sejauh 10 kilometer ke Hospital Medan Malaysia (HMM) semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang berkualiti.

Komander Tim Op Starlight-4, Kolonel Dr Shahril Nizam Abdul Jalil menceritakan pengalamannya bertugas di HMM, Cox’s Bazar berkata, kehadiran hospital medan yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelarian Rohingya serta penduduk setempat.

“Petugas misi Op Starlight-4 telah merawat seramai 20, 281 pesakit di HMM. Dari jumlah tersebut, 70% daripadanya adalah etnik Rohingya manakala 30% adalah penduduk tempatan,

“Selain itu, Op Starlight-4 telah berjaya melakukan sebanyak 372 pembedahan. Ini termasuklah pembedahan am, pembedahan tulang, sakit puan termasuk pergigian,” kata Dr Shahril kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Kepulangan Tim Op Starlight-4.

Majlis telah diadakan di Wisma Perwira, Kuala Lumpur pada hari ini dan disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Redzuan Baharuddin.

Seramai 56 petugas Op Starlight-4 yang terdiri daripada 19 pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta 4 staf perubatan awam telah menyertai misi ini. Kesemua petugas telah berkhidmat di HMM semenjak 30 Ogos 2019 hingga 27 Februari 2020.

“Sepanjang melaksanakan misi, kami turut menghadapi kekangan dari segi keperluan perubatan,

“Namun, kekurangan ini dapat diatasi dengan jayanya melalui bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan ATM,” jelas Dr Shahril.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa bangga kerana dapat berkhidmat di HMM.

“Kami berasa amat bangga kerana dapat menabur bakti dan jasa kepada etnik Rohingya,

“Selain itu, kami turut berasa sedih melihat keadaan dan kehidupan sukar yang dihadapi oleh mereka,” luah Dr Shahril.

 

KATA KUNCI : Cox's BazarDr Shahril NizamHospital Medan Malaysia

Leave a Reply