Home Semasa Semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap Agong

Semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap Agong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menerima menghadap 222 Ahli Parlimen bermula jam 2.30 petang ini dan esok.

Datuk Paduka Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata temubual bersama Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada proses mendapatkan pengesahan seterusnya membantu proses pembentukan kerajaan persekutuan baharu.

“Ia adalah temubual secara individu dengan 90 orang yang bermula hari ini pada jam 2.30 petang dan dan dijangka selesai sehingga jam 7 malam ini, manakala bakinya akan diselesaikan esok,

“Temubual akan berlangsung selama lebih kurang 2 atau 3 minit setiap individu dan akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini,” katanya dalam taklimat khas kepada pihak media di Istana Negara hari ini.

Menurut Datuk Paduka Bijaya Diraja, panggilan untuk ditemubual tidak mengikut parti dan ia secara rambang akan dipanggil.

“Kesemua Ahli Parlimen akan ditempatkan di dalam sebuah bilik dan dipanggil seorang demi seorang untuk ditemuduga bersama Yang di-Pertuan Agong disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali,” ujarnya.

Menurutnya, tiada seorang Ahli Parlimen pun akan dikecualikan daripada sesi ini.

Semalam, KSN dalam kenyataanya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.

Pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

 

Related Articles

Leave a Reply