Home Politik Angkatan Muda Keadilan lancar kempen berdiri teguh bersama Anwar PM ke-8

Angkatan Muda Keadilan lancar kempen berdiri teguh bersama Anwar PM ke-8

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Angkatan Muda Keadilan (AMK) melancarkan Kempen “Teguh Setia Bersama DSAI” yang akan bermula hari ini sehingga selesai kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Ketua AMK, Akmal Nasir berkata kempen itu bagi menyatakan solidariti terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-8 seperti disepakati Pakatan Harapan (PH).

“Kempen ini menyeru para anggota PKR, pendokong PH dan rakyat Malaysia untuk menukar gambar profil laman sosial masing-masing dengan logo kempen yang boleh didapati di laman Facebook rasmi Angkatan Muda Keadilan bersama tanda pagar (#)TeguhSetiaDSAI,

“Kemuncak kepada kempen ini ialah pada 29 Februari 2020 iaitu AMK akan mengadakan Majlis Pelancaran Komuniti Muda bermula pada jam 7.30 malam bertempat di Pantai Batu Satu, Port Dickson, Negeri Sembilan,” kata Akmal dalam kenyataan hari ini.

Menurut Akmal, kemelut ini berlaku kerana terdapat segelintir individu yang tidak senang dengan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang telah bersepakat untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas sidang APEC.

“AMK menjunjung kasih dan keyakinan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan baginda mengendalikan kemelut politik ini,

“AMK menyakini baginda cukup memahami aspirasi rakyat yang telah memilih PH sebagai kerajaan dan sebarang usaha khianat untuk menafikan perkara ini perlu dihentikan,” ujarnya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply