Home Politik Ahmad Faizal kekal MB Perak, kerajaan negeri berfungsi seperti biasa

Ahmad Faizal kekal MB Perak, kerajaan negeri berfungsi seperti biasa

by Nurulhuda

IPOH, 25 Feb – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih kekal bertugas sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa dengan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN).

Beliau turut menjelaskan, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa.

“Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa, disebalik perkembangan yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan,

“Saya telah menyembah maklum berhubung kedudukan politik negara dan negeri kepada Sultan Perak Sultan Nazrin semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyeru rakyat agar bersefahaman membantu usaha menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini, untuk membolehkan kerajaan kembali menumpukan usaha pembangunan demi kepentingan rakyat.

“Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah bagi membolehkan kita, mendapat penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply