KUALA LUMPUR, 21 Feb – Peguam dan aktivis masyarakat, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam hari ini menegaskan Peguam Negara, Tommy Thomas telah menyalahguna kuasa kerana menamatkan prosiding 12 individu berkaitan LTTE.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Tommy ‘telah beberapa kali menjalankan tugas Perlembagaannya dengan cemerlang’.
“Peguam Negara lantikan kuota politik DAP ini beberapa kali menjalankan tugas Perlembagaannya dengan cemerlang apabila dalam tempoh 2 tahun perkhidmatannya ini, telah membebaskan kesemua pertuduhan jenayah ke atas semua kepimpinan PH dan DAP sebagai syarat lantikannya sebagai Peguam Negara,” kata Buzze.
Dalam kenyataan yang dimuatkan di akaun media sosial rasminya, Buzze Azam mengulas tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding 12 orang individu yang dikaitkan dengan LTTE, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau mengatakan seorang pensimpati Da’esh, Siti Aishah, tidak bernasib baik kerana bukan ahli DAP.
“Kita semua masih ingat kepada seorang Wanita Islam, Siti Aishah yang dihukum penjara 12 tahun semata-mata memiliki buku berkaitan fahaman militan IS,

Siti Aishah dihukum penjara 12 tahun semata-mata kerana memiliki buku berkaitan fahaman militan IS pada April 2017.
“Tetapi Aishah tak bernasib baik. Beliau bukan ahli DAP. Kalau tak, pasti beliau akan dibebaskan dan kerajaan kena bayar ganti rugi kerana memenjarakannya,” ujar Buzze.
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.