Home Semasa Peguam negara arah bebaskan 12 individu berkait LTTE serta merta

Peguam negara arah bebaskan 12 individu berkait LTTE serta merta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini memutuskan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuatkuasa serta merta.

Menurut Peguam Negara, keputusan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan tersebut.

Dalam kenyataan sebanyak 11 muka surat, Tommy turut menegaskan keputusan dibuat mengikut kuasa budi bicara.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Menurut beliau, setiap seorang daripada individu yang dibicarakan mempunyai gambar gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka.

“Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

“Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’ di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah ‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply