Home Semasa Seorang pesakit pulih jangkitan koronavirus, bukti wabak boleh dirawat

Seorang pesakit pulih jangkitan koronavirus, bukti wabak boleh dirawat

by M.Daim

PUTRAJAYA, 4 Feb – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang pesakit yang menghidapi wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Langkawi telah dibenarkan pulang.

Pesakit merupakan seorang kanak-kanak warga China yang disahkan dijangkiti wabak 2019-nCoV pada 29 Januari lalu dan dirawat di solasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Menurut Hisham, pesakit telah berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan pulang.

“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China,

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat,” tegas Hisham di akaun Facebook rasminya.

Beliau menjelaskan, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak 2 kali berturut-turut terhadap pesakit.

“Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak 2 kali telah didapati negatif,” jelas beliau lagi.

 

Related Articles

Leave a Reply