Home Semasa Koronavirus: Rakyat China dari Wuhan dan wilayah Hubei dilarang masuk Malaysia

Koronavirus: Rakyat China dari Wuhan dan wilayah Hubei dilarang masuk Malaysia

by M.Daim

PUTRAJAYA, 27 JAN- Pihak kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung kemudahan visa kepada rakyat China dari wilayah Hubei dan bandar Wuhan berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kemudahan visa yang digantung adalah meliputi semua kemudahan yang diberikan termasuk eNTRY (kemasukan tanpa tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa On Arrival, VOA), e-visa dan visa manual.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini jangkitan novel Koronavirus (2019-nCoV) di China terutamanya di wilayah Hubei,” jelas kenyataan itu.

Namun begitu, pihak Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan kemudahan tersebut akan dipulang semula setelah keadaan kembali reda.

Related Articles

Leave a Reply