Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Henti penggunaan tulisan jawi pada produk keluaran syarikat bukan Islam – Air Times News Network
Home Semasa Henti penggunaan tulisan jawi pada produk keluaran syarikat bukan Islam

Henti penggunaan tulisan jawi pada produk keluaran syarikat bukan Islam

by M.Daim

KAJANG, 25 Dis – Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menegaskan mana-mana syarikat pengeluar bukan Islam untuk jangan mempergunakan tulisan Jawi dan imej agama Islam pada produk keluaran mereka.

Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, pihak kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat bukan Islam yang berbuat demikian kerana tindakan tersebut adalah menipu pengguna Islam di negara ini.

“Kita mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik balik produk-produk yang menipu dengan mempergunakan imej-imej Islam dan latar budaya Melayu termasuk tulisan jawi,” katanya semasa semasa sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Dong Jiao Zong.

Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim, Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Terdahulu, wakil-wakil 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membuat laporan terhadap Dong Jiao Zong yang merancang untuk mengadakan bantahan terhadap perlaksanaan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan pada 28 Disember ini.

Pada masa yang sama, Cikgu Izzat menyeru kempen BMF (Buy Muslim First) akan diteruskan.

“Saya mendesak pejuang-pejuang BMF untuk kekalkan kempen dan memastikan Dong Zong diharamkan dari muka bumi Malaysia,” tegasnya lagi.

Related Articles

1 comment

Penyucian Jiwa 25 December 2019 - 8:37 pm

https://twitter.com/alshemasyah/status/924766424404512769
PRODUK EROPAH BERTULISAN ARAB/JAWI.

Reply

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?