Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM iktiraf kecemerlangan pasukan dan anggota

TUDM iktiraf kecemerlangan pasukan dan anggota

by Air Times News Network

SUBANG, 17 Dis – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM 2019 di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian dan juga kejayaan anggota, skuadron penerbangan serta pangkalan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan matlamat untuk melestarikan pembangunan modal insan serta membudayakan ‘best practises’ di setiap peringkat organisasi TUDM.

“Seperti yang kita war-warkan, penerapan nilai ataupun budaya kecemerlangan ini adalah sebagai satu teras kita bagi merealisasikan visi TUDM iaitu untuk menjadi sebuah kuasa udara yang unggul,

“Inisiatif berbentuk pengiktirafan ini harapnya akan terus dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi budaya cemerlang serta saya menyeru semua warga TUDM untuk terus berusaha gigih agar terus komited mempertahankan keselamatan ruang udara negara kita,” tambah Affendi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah Kecemerlangan TUDM tahun 2019 mengikut pelbagai kategori antaranya ialah Anugerah Terbang Selamat, Squadron of the Year, Airman of the Year, Best Quarters of the Year, Training Institute of the Year, Best Base Award, Anugerah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara, Anugerah Sukan dan Top 5 Squadron.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Mohammad Salleh Osman serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

 

Related Articles

Leave a Reply