Home Semasa Hadir perhimpunan PKM, Ronnie Liu beri keterangan di Bukit Aman

Hadir perhimpunan PKM, Ronnie Liu beri keterangan di Bukit Aman

by Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu hadir ke Bukit Aman semalam untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada majlis memperingati Perjanjian Damai Hatyai ke-30, di Kajang pada 1 Dis lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Selangor itu, tiba pada kira-kira 3 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.

Sementara itu, peguam Rampkarpal Singh yang mewakili Liu, berkata anak guamnya diambil keterangan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

Pada 1 Dis lepas, kira-kira 300 individu termasuk bekas ahli kumpulan PKM dilaporkan mengadakan perhimpunan di sebuah dewan di Kajang bertujuan menghargai perdamaian yang dikecapi hasil perjanjian 30 tahun lepas.

Himpunan berkenaan dilaporkan turut disertai Liu.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply