Home Semasa Tiada sebab laksana semula GST – Tun Mahathir

Tiada sebab laksana semula GST – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan melaksanakan cukai barang perkhidmatan (GST), sebaliknya akan mengekalkan dan memperbaiki lagi sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini sedang dilaksanakan.

“Semasa GST diperkenalkan dahulu, kita dengar banyak rintihan daripada rakyat, mereka bayar cukai dua kali sebab itu kita berpendapat, kita perlu kembali laksanakan SST dan ini sedang berjalan di samping kita perlu baiki pelaksanaan cukai baru ini,

“Cukai ini (SST) sedang berjalan (dilaksanakan) dengan baik. Kita perlu memperbaiki lagi pelaksanaan cukai yang baharu ini. Sebab itu kita tidak ada sebab untuk kita kembali kepada cukai yang ditolak oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang minta penjelasan mengenai cadangan untuk kembali melaksanakan GST dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Jika kerajaan terlalu kerap menukar sistem cukai negara, ia boleh menggugat keyakinan para pelabur terhadap Malaysia,” jelas Tun Mahathir.

Kerajaan terdahulu melaksanakan GST mulai 1 April 2015, tetapi dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply