Home Semasa 700 ribu akaun bernilai RM 60.4 juta pendeposit Tabung Haji tidak aktif

700 ribu akaun bernilai RM 60.4 juta pendeposit Tabung Haji tidak aktif

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengesahkan sebanyak lebih 700,000 akaun pendeposit tidak aktif sehingga akhir Ogos 2019.

Menurut pihak TH, bilangan akaun tidak aktif tersebut melibatkan simpanan sebanyak RM 60.4 juta dan tidak melakukan sebarang transaksi lebih 7 tahun berturut-turut semenjak tahun 2012.

“Kami ingin menasihati para pendeposit untuk mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut TH, transaksi boleh dilakukan melalui kaunter uniteller atau secara talian. Selain daripada itu, pengguna boleh melakukan transaksi di mana-mana bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara.

“Pendeposit boleh menyemak status akaun mereka di saluran-saluran ini dengan hanya membawa kad pengenalan masing-masing,

“Akaun-akaun yang masih tidak diaktifkan selepas 1 November 2019 akan dipindahkan ke dalam kumpulan Akaun Dormant (Tidak Aktif),” kata TH.

Namun begitu, amaun yang dipindahkan ke Akaun Dormant tersebut masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH menurut peruntukan seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995.

 

Related Articles

Leave a Reply