Home Semasa Intai wanita dalam tandas pesawat, rakyat Malaysia bakal dipenjara di Amerika Syarikat

Intai wanita dalam tandas pesawat, rakyat Malaysia bakal dipenjara di Amerika Syarikat

by M.Daim

HOUSTON, 12 Ogos – Seorang rakyat Malaysia bakal didakwa di Amerika Syarikat kerana cuba mengintai pengguna tandas kelas pertama United Airlines.

Lee Choon Ping telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Menurut laporan Houston Chronicle, Choon Ping merupakan pesalah pertama yang didakwa atas kesalahan melakukan jenayah mengintai dalam pesawat selepas  undang-undang berkaitan kesalahan itu digubal pada tahun 2004.

Choon Ping dilaporkan telah meletakkan kamera itu dalam tandas kelas pertama penebangan 646 yang dalam perjalanan ke Houston dari San Diego pada 5 Mei lalu. Kamera tersebut ditemui oleh seorang penumpang wanita pesawat yang terlihat cahaya yang menyala dari kamera terbabit.

Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kamera tersebut telah diserahkan kepada pihak keselamatan United Airlines sejurus pesawat mendarat. Usaha mengesan pemilik kamera dilancarkan tidak lama kemudian oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat

“Walaupun wajah saspek tidak jelas dalam kamera tersebut, saspek berjaya dikesan dengan pengecaman pakaian dan perhiasan yang digunakan,” jelas ejen FBI dalam akuan bersumpah.

Pihak penyiasat telah melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) lapangan terbang.

Selain daripada itu, pihak FBI turut membongkar kegiatan Choon Ping yang sebelum ini turut merakam video dua wanita di dalam tandas pesawat Emirates dengan seorang daripadanya adalah anak kapal.

Sekiranya didapati bersalah, Choon boleh dipenjara selama setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Leave a Reply