Home Semasa Strategi keselamatan siber negara dikeluarkan pertengahan tahun ini – TPM

Strategi keselamatan siber negara dikeluarkan pertengahan tahun ini – TPM

by Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) akan mengeluarkan strategi keselamatan siber negara pada pertengahan tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata strategi itu dikeluarkan bagi menangani ancaman tersebut (siber) secara lebih komprehensif.

“Strategi ini akan dilaksanakan melalui pengembelengan sumber tenaga dan pembangunan prasarana yang memfokuskan kepada pembentukan national cybersecurity workforce bagi memastikan negara dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply