Home SemasaGlobal 37 maut serangan pengebom nekad

37 maut serangan pengebom nekad

by Noor Sheila Amin

Serangan  dari militan Islam di luar Srinagar itu dipercayai mengeruhkan lagi ketegangan antara seteru nuklear India – Pakistan, apatah lagi dengan tuduhan New Delhi bahawa Islamabad terbabit menyokong aktiviti militan sejak sekian lama.

“Pengorbanan anggota pasukan keselamatan kita tidak harus disia-siakan,” kata Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi Twitter sambil menyifatkan serangan berkenaan sebagai ‘kejam’.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah van yang diisi bom meletup di antara konvoi 78 kenderaan, membawa bersama 2,500 anggota separa tentera dari Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF).

Dua buah bas berwarna biru membawa kira-kira 35 penumpang setiap satu rentung akibat letupan kuat itu kira-kira 20 kilometer dari bandar Srinagar, di lebuh raya utama menuju ke Jammu.

Agensi berita Press Trust of India (PTI) melaporkan sekurang-kurangnya 39 orang maut manakala laporan media lain menyatakan jumlah kematian berkemungkinan melebihi 40.

Beberapa mayat turut didapati berkecai, menyebabkan pihak berkuasa memerlukan tempoh agak lama untuk mengenal pasti identiti mangsa.

PTI melaporkan, konvoi terbabit sedang dalam perjalanan membawa pulang anggota yang baru habis bercuti untuk kembali bertugas.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!