Home SemasaGlobal Pencalonan Puteri Ubolratana dibatal SPR Thailand

Pencalonan Puteri Ubolratana dibatal SPR Thailand

by Noor Sheila Amin

Menurut senarai rasmi calon perdana menteri bagi mewakili semua parti yang bertanding, tidak tertera nama puteri berusia 67 tahun itu, yang juga kakak kepada Raja Thailand.

“Ketiadaan nama Puteri Ubolratana dalam senarai itu, kerana setiap ahli keluarga diraja perlu mematuhi peraturan sama, yang mengkehendaki mereka menjauhi aktiviti politik dan sentiasa bersikap neutral,” kata panel pilihan raya itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Puteri Ubolratana dilaporkan sudah menerima pencalonan yang dikemukakan oleh parti Thai Raksa Chart, yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Pilihan raya Thailand dijadualkan berlangsung pada 24 Mac, bagi merebut jawatan Perdana Menteri Thailand.

Related Articles

Leave a Reply