Home Semasa Hubungi 1MDB untuk beli Equaminity

Hubungi 1MDB untuk beli Equaminity

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Admiraliti, Khadijah Idris mengeluarkan perintah untuk membenarkan pihak yang berminat membeli kapal mewah Equanimity untuk menghubungi 1MDB secara terus di samping firma broker perkapalan Burgess.

Memetik laporan Malaysiakini, hal ini didedahkan para peguam 1MDB Jeremy Joseph dan Ong Chee Kuan susulan kes itu didengar pagi ini. Syarikat pelaburan negara itu memohon mendapatkan perintah mahkamah bagi perjanjian jualan bertarikh 13 Disember tahun lalu.

“Dengan perintah mahkamah hari ini, pihak yang berminat membeli (Equanimity) bleh menghubungi kami (1MDB) atau Burgess bagi membantu proses penjualan kapal itu. Kami juga mendapat persetujuan Burgess dalam hal ini,” kata peguam itu.

Pada 19 Oktober 2018, Khadijah memutuskan 1MDB serta anak syarikatnya 1MDB Energy Holdings Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd merupakan pemilik sah kapal mewah Equanimity.

Menurut Jabatan Keadilan AS (DOJ) pada 2017, Equanimity dibeli Jho Low menggunakan dana yang dilesapkan dari 1MDB.

Selepas dirampas pihak berkuasa Indonesia, kapal mewah itu diserahkan kepada Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply