Home PolitikPakatan Harapan Politik bukan suatu bidang yang boleh diajar atau ‘disekolahkan’ – Rais Yatim

Politik bukan suatu bidang yang boleh diajar atau ‘disekolahkan’ – Rais Yatim

by Air Times News Network

GEMAS, 10 Feb – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan ‘disekolahkan’ sepenuhnya.

Namun seseorang pemimpin perlu mempunyai asas-asas kukuh dalam pendidikan, iaitu kelayakan akademik, meskipun sekadar kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jelasnya seperti dilaporkan Bernama.

“Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinteraksi dengan manusia.

“Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah…kalau ada itu sudah cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri.

“Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba…beliau hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibatan politik perlu ada kelayakan akademik yang tinggi,” katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Perjuangan Bersatu Bahagian Tampin di sini, pada Sabtu.

Rais mengulas mengenai isu beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk seorang timbalan menteri yang didakwa menipu latar belakang akademik baru-baru ini.

Tambahnya meskipun begitu, tindakan menipu sijil kelayakan adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu.

 

Related Articles

Leave a Reply