Malah tokoh sosiobudaya itu turut menegaskan perkara itu bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, jika UEC diterapkan ke dalam sistem pendidikan arus perdana, ia akan menambah baik sistem pendidikan negara selain menarik masyarakat lain memasukkan anak mereka di sekolah kebangsaan.

“Jika pelaksanaan UEC diteruskan, akan berlakunya konflik yang mana negara ini mempunyai dua sistem pendidikan.

“Berbanding dengan negara-negara lain, semuanya ada satu sistem pendidikan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap  di Himpunan Kebangkitan Ummah di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.