Home Semasa Kes bunuh, tentera antara 8 suspek ditahan

Kes bunuh, tentera antara 8 suspek ditahan

by Noor Sheila Amin

SERI ISKANDAR, 6 Feb – Ketua Polis Daerah Perak Tengah,  Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan memalumkan lapan lelaki Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat Sarjan berjaya ditahan berkaitan kes bunuh seorang lelaki, pada tahun 2013.

Lapan suspek berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Mohd Azrin Mohd Arif yang ketika itu berusia 36 tahun di sebuah lombong di Pulau Burung, Sungai Galah di Kampung Gajah.

Menurut Zainal, tujuh suspek berkenaan ditahan antara 29 Januari lalu sehingga Sabtu lalu, di sekitar Kampung Gajah dan Tanjung Tualang.

Sementara itu, seorang lagi suspek iaitu anggota tentera berpangkat sarjan berusia 34 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Perlis pada jam 5.30 petang, semalam.

Semua mereka yang ditahan tiada rekod jenayah manakala anggota tentera terbabit akan direman pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Zainal, dalam kejadian 6 April 2013, mangsa ditemui mati oleh orang awam ketika sedang menjala di lombong berkenaan.

 

Related Articles

Leave a Reply