Home Semasa Pesara tentera ditahan dalam Op Selamat

Pesara tentera ditahan dalam Op Selamat

by Noor Sheila Amin

ALOR SETAR, 6 Feb – Polis menahan seorang pesara tentera berusia 60 tahun berikutan motosika yang ditunggangginya menggunakan nombor pendaftaran palsu  dalam Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Kilometer 46 Jalan Kulim – Baling – Gerik di Baling, semalam.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Kedah, Asisten Superintendan Meor Amir Meor Mohd Khalil berkata, pesara tentera itu didapati menunggang motosikal jenis Modenas Kriss milik anaknya dan nombor pendaftaran palsu itu dibuat anaknya bagi mengelakkan motosikal itu dirampas apabila tidak membayar ansuran bulanan.

Beliau berkata pesara tentera serta motosikal yang dirampas itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Meor Amir berkata polis turut mengeluarkan 23 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply