Home Semasa Anggota polis langgar larangan merokok bakal diambil tindakan – KPN

Anggota polis langgar larangan merokok bakal diambil tindakan – KPN

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 28 Jan – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggotanya yang melanggar larangan merokok di premis makanan.

Beliau mengulas video berdurasi lapan saat yang tular di media sosial semalam. Video yang dirakam menunjukkan anggota polis yang sedang duduk di ruang makan restoran bersama anggota lain. ideo itu juga turut memperlihatkan tanda larangan merokok dipamer di dinding restoran berkenaan, dipercayai berlaku di kawasan Semenanjung Malaysia.

Fuzi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan tindakan sewajarnya akan diambil setelah lokasi premis dan identiti dapat dikenal pasti.

“Jelas anggota itu beruniform dan jelas kerajaan sudah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan. Tanda amaran dan larangan yang dipamer perlu dipatuhi semua pihak terutamanya mereka yang beruniform.

“Perbuatan ini amat tidak beretika dan kita tahu tidak boleh merokok di tempat sebegitu sekarang ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk kenal pasti anggota dan mengambil tindakan sewajarnya.

Related Articles

Leave a Reply