Home Semasa Durian Runtuh PRK Cameron Highlands

Durian Runtuh PRK Cameron Highlands

by M.Daim

Ringlet, 24 Jan – Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang kian memuncak telah membuka pintu rezeki buat seorang peniaga durian di daerah ini.

Peniaga yang dikenali sebagai Din berkata, PRK Cameron Highlands ternyata memberi impak positif kepada perniagaan beliau semenjak demam PRK bermula. Beliau menjual durian yang diraih dari masyarakat Orang Asli dengan harga RM 10 sekilogram di kawasan Pekan Ringlet, harga yang sama sebelum PRK bermula.

“Bilangan pelanggan kian bertambah semenjak hari penamaan calon dan harga durian yang dijual adalah sama seperti sebelum PRK,” kata Din.

Beliau memulakan perniagaan pada kira-kira jam 11 pagi dan durian yang dijual habis sebelum 3 petang.

“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt,” ujar Din ketika dihubungi.

Beliau mengalu-alukan orang ramai yang berada di Cameron Highlands untuk datang ke gerai beliau seawal yang mungkin agar tidak terlepas peluang untuk menikmati durian yang dijual.

Din boleh dihubungi di talian 013-5816112 dan 014-6038865.

Related Articles

Leave a Reply