1.4K
MOSCOW, 17 Jan – Menteri Luar Negeri Rusia,Sergei Lavrov dalam satu kenyataannya semalam menyatakan kesediaan Rusia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menyelamatkan Perjanjian Nuklear Jarak Sederhana (INF), semalam.
Menurut Sergei. Rusia berharap Washington akan mengambil pendekatan yang bertanggungjawab terhadap perjanjian kawalan senjata, katanya.
Washington telah mengancam untuk menarik diri dari pakatan 1987, berikutan dakwaan peluru berpandu Rusia baru telah melanggar perjanjian itu, yang melarang kedua-dua belah pihak dari menempatkan peluru berpandu di Eropah.
Sergei sebelum ini ditemui dalam sidang akhbar tahunan di Moscow.