Home SemasaGlobal Palestin mohon anggotai PBB

Palestin mohon anggotai PBB

by Noor Sheila Amin

NEW YORK, 16 Jan – Palestin akan melancarkan bidaan bagi memperoleh keahlian penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sebalik ancaman ia bakal dihalang oleh Amerika Syarikat.

Ketika ini, Palestin tidak mempunyai status keahlian penuh, sebaliknya hanya sebagai negara pemerhati.

Status keahlian penuh akan membolehkan negara Palestin mendapat sokongan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Namun, sebarang permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu mendapat kelulusan Majlis Keselamatan, sebelum dirujuk kepada Perhimpunan Agung.

Amerika Syarikat yang juga anggota tetap Majlis Keselamatan memiliki kuasa veto untuk menolak permohonan Palestin berkenaan.

“Kami tahu, kami akan berdepan dengan undi veto Amerika Syarikat tetapi ia tidak akan menghalang kami daripada mengemukakan permohonan untuk memperoleh keahlian penuh,” kata Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki kepada wartawan.

Riyad berkata, Palestin akan memulakan proses melobi ahli Majlis Keselamatan bagi mendapatkan sokongan terhadap permohonan kepada PBB itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Palestin pernah mengemukakan permohonan sama pada 2011, tetapi ia tidak pernah dibentangkan kepada Majlis Keselamatan untuk proses undian.

Related Articles

Leave a Reply