Home GlobalAS tarik diri dari Unesco

AS tarik diri dari Unesco

by Noor Sheila Amin
A+A-
Reset

NEW YORK , 3 Jan 19  – Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Heather Naubert memaklumkan, Kerajaan  AS akan menarik diri dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang  menuduh badan dunia itu sebagai anti Israel yang berat sebelah.

Memetik laporan berita dari Agensi, AS bakal menubuhkan misi pemerhatian bagi menggantikan perwakilannya di pertubuhan yang berpangkalan di Paris.

Tindakan AS itu dianggap berani oleh Israel  dan menuduh Unesco menjadi pertubuhan yang membuat cerita karut.

Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataanya mengarahkan Kementerian Luar Negara untuk bersedia menarik diri dari pertubuhan itu bersama AS.

Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova menyifatkan penarikan diri AS di saat berlakunya konflik berterusan yang menghancurkan komuniti dunia adalah perkara yang mengecewakan.

Related Articles

Leave a Reply