Home SemasaGlobal Tsunami Selat Sunda: 43 maut, 584 cedera

Tsunami Selat Sunda: 43 maut, 584 cedera

by Air Times News Network

JAKARTA, 23 Dis – Seramai 43 orang maut manakala 584 lagi cedera akibat bencana tsunami yang melanda Pandenglang Serang dan Selatan Lampung Indonesia. Angka tersebut telah disahkan oleh agensi bencana Indonesia pada hari ini.

Seramai 20 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar jam 9.27 malam tadi (10.27 malam
waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau. Sementara itu, dua orang lagi mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), kawasan kediaman dan hotel turut terjejas akibat bencana tsunami.

Related Articles

Leave a Reply