Home PolitikPakatan Harapan Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR

Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 17 Dis – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengundurkan diri daripada perlantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang, hari ini.

Nurul Izzah bagaimanapun masih lagi mengekalkan jawatannya Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Apa yang saya kesalkan, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, namun ia bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya.

“Dengan perkembangan politik yang tidak menentu selama sembilan bulan terakhir, pemilihan parti serta kempen pilihan raya yang memenatkan.

“Sekarang saya ada peluang untuk memilih di mana saya harus berada dalam perkara berkaitan politik ini, saya memutuskan untuk melakukan perkara yang betul.

Saya ucapkan selamat maju jaya buat kepimpinan parti.

“Sukacita juga saya maklumkan yang saya juga tidak lagi akan berkhidmat untuk mana-mana jawatan di peringkat persekutuan. Untuk itu, saya serahkan kepada keputusan parti berhubung jawatan yang dilantik di peringkat syarikat di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang,” ujar Nurul Izzah menerusi satu kenyataan media hari ini.

Nurul Izzah juga memaklumkan beliau tidak lagi  berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, kepemimpinan PKR sudah dimaklumkan mengenai keputusannya itu.

“Tugas saya sebagai anggota parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal, juga kekal sebagai anggota biasa PKR.

 

 

Related Articles

Leave a Reply