Home SemasaGlobal USS Decatur diusir Kapal perang China

USS Decatur diusir Kapal perang China

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 3 Okt – Kapal perang China belayar beberapa kilometer dari kapal pemusnah Amerika Syarikat di Laut China Selatan, memaksa ia menukar haluan, dalam pertembungan ‘tidak selamat dan tidak profesional’, kata pegawai.

USS Decatur yang memilik peluru berpandu melakukan apa yang disifatkan tentera sebagai operasi bebas belayar Ahad lalu, apabila ia melalui Terumbu Karang Gaven dan Johnson di Kepulauan Spratly pada jarak 12 baru nautika.

Jarak berkenaan diterima sebagai kawasan perairan daratan.

China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, yang bertindih dengan tuntutan Taiwan, Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Beijing turut menuntut keseluruhan Kepulauan Spratly dan membina beberapa kemudahan tentera di pulau berkenaan.

Ketika operasi itu, kapal pemusnah China, Luyang, mendekati USS Decatur dalam pergerakan ‘tidak selamat dan tidak profesional’ sekitar Terumbu Gaven di Laut China Selatan, kata jurucakap Armada Pasifik AS, Komander Nate Christensen.

“Kapal China kemudian melakukan siri pergerakan semakin agresif dan memberi amaran kepada Decatur supaya menjauhi kawasan itu,” katanya.

Dalam kenyataan, Kementerian Pertahanan China, berkata kapal itu diberi amaran supaya meninggalkan kawasan berkenaan selepas ia memasukinya tanpa kebenaran.

Galeri gambar: 

(Gambar oleh US Navy dan disiarkan di GCaptain)

Related Articles

Leave a Reply